Sunday, November 22, 2009

keguguran

Definisi
Keguguran atau pembuangan embrio atau janin dari rahim disebabkan oleh kematiannya atau menyebabkan kematiannya.

Jenis-jenis Keguguran
Keguguran spontan - Keguguran disebabkan faktor semula jadi seperti berikut:

  • Replika kromosom yang tidak normal
  • Faktor alam sekitar
  • Trauma pada kandungan yang tidak dapat dielakkan

Keguguran Perubatan (terapeutik) - Keguguran dilakukan atas sebab-sebab perubatan seperti berikut:

  • Bagi menyelamatkan nyawa ibu
  • Bagi mengekalkan tahap kesihatan fizikal dan mental ibu
  • Bagi menghalang kelahiran janin yang dikesan mempunyai kecacatan yang teruk

Keguguran secara paksaan - Keguguran yang sengaja dilakukan, selalunya atas kehendak sendiri disebabkan:

  • Melewatkan kehamilan atau tidak mahu mengandung lagi
  • Tidak mahu mengganggu kerja atau pelajaran
  • Mengelakkan masalah kewangan dan perhubungan
  • Kehamilan yang tidak dirancang atau diingini kerana tidak menggunakan kontraseptif

Cara-cara pengguguran secara paksa dilakukan:
Pengguguran perubatan (Medikal)

  • Juga dikenali sebagai pengguguran kimia
  • Bahan yang biasa digunakan adalah mifepristone dan prostaglandins, biasanya dilakukan di peringkat awal kehamilan

Pengguguran pembedahan (Surgikal)

  • Penyedutan dengan vakum (dilakukan secara manual atau elektronik - menggunakan mesin elektronik) - bagi usia kandungan kurang dari dua belas minggu (rujuk rajah 1)
  • Dilatasi dan pengkuretan (D&C) - bagi usia kandungan 15-24 minggu (rujuk rajah 2)
  • Dilatasi dan penarikan keseluruhan bayi - bagi usia kandungan melebihi dua puluh empat minggu (rujuk rajah 3)



Suction

dilation

Intact

Komplikasi pengguguran secara paksaan

  • Pangkal rahim terkoyak
  • Tertembus rahim
  • Pendarahan teruk
  • Jangkitan pada organ pembiakan
  • Kemandulan
  • Kematian - disebabkan oleh komplikasi bius, pendarahan yang teruk atau jangkitan yang tidak terkawal

Isu berkaitan dengan pengguguran secara paksaan
Pengguguran secara paksaan telah menimbulkan banyak perbahasan dan perhatian di kalangan masyarakat yang melibatkan aspek:

  • Etika
  • Akhlak
  • Falsafah
  • Biologi
  • Agama
  • Undang-undang

Pendapat masyarakat terhadap pengguguran secara paksaan dibahagikan kepada dua kumpulan utama:

  • Kumpulan yang memilih keguguran - Menyokong pengguguran kerana ia memberi kebebasan kepada wanita membuat keputusan mereka sendiri mengenai hal-hal reproduktif
  • Kumpulan menentang keguguran - Menentang pengguguran dan menganggap pengguguran adalah zalim dan membunuh janin yang berhak untuk hidup

Peringatan
Remaja yang hendak menggugurkan kandungan dinasihatkan untuk terlebih dahulu mendapat khidmat nasihat daripada orang dewasa yang boleh dipercayai atau anggota kesihatan yang terlatih. Pengguguran adalah HARAM di Malaysia kecuali atas sebab-sebab perubatan. Setiap individu mesti sedar, pengguguran tanpa sebab perubatan adalah satu kesalahan di bawah undang-undang Malaysia (Kanun Jenayah / Penal Code). Mereka yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan fatwa mengenai pengguguran boleh melayari : http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan-kategori.asp.

KEHAMILAN

Pengenalan

  • Kebanyakan kehamilan remaja berpunca dari seks sebelum kahwin, sumbang mahram, rogol dan penderaan seksual.
  • Remaja - remaja ini menghadapi pelbagai cabaran kerana mereka belum bersedia untuk menjaga bayi mereka.
  • Mereka sedang berada di alam persekolahan dan masih mengalami proses tumbesaran dan kematangan.
  • Mereka perlu berhadapan dengan akibat kehamilan semasa remaja iaitu dari aspek :
    • Perubatan
    • Psikologi
    • Sosial

pregnant

Bagaimana anda tahu anda telah hamil?
Perhatikan tanda-tanda ini :

  • Tidak datang haid
  • Pendarahan vagina yang luar biasa
  • Loya / muntah
  • Payudara terasa sakit atau membesar
  • Letih / pening
  • Perut semakin membesar
  • Jangkitan saluran air kencing
  • Perubahan berat badan

Bagaimana untuk memastikan anda hamil?
Anda boleh membeli alat pengesan kehamilan dari farmasi dan membuat ujian air kencing sendiri :

  • Urine Pregnancy Test

ATAU
Jumpa doktor anda untuk mengesahkan kehamilan anda melalui :

  • Ujian air kencing
  • Ultrasound abdomen

Adakah ia mempunyai akibat yang buruk?

YA , terdapat banyak akibat buruk kehamilan remaja dari aspek berikut :

  • Perubatan :
    • Proses bersalin yang sukar dan lama disebabkan tulang punggung yang kecil.
    • Tekanan darah tinggi semasa mengandung yang sering berlaku semasa kehamilan pertama. Ia boleh menyebabkan komplikasi yang lain seperti pendarahan dan sawan.
    • Pengguguran anak yang tidak selamat.
    • Bayi yang mempunyai berat lahir yang rendah.
    • Kadar kematian ibu dan anak yang lebih tinggi.
  • Psikologi dan sosial :
    • Murung dan hilang keyakinan diri.
    • Masalah perhubungan dan emosi.
    • Pandangan serong masyarakat terhadap ibu yang tidak berkahwin dan anaknya .
    • Pendidikan terjejas(tercicir).
    • Kurang peluang pekerjaan.
    • Pembuangan bayi.

Apa yang perlu anda lakukan apabila mengetahui anda hamil?

  • Untuk remaja yang belum berkahwin, dapatkan bantuan atau nasihat :
    • Ibu bapa
    • Guru
    • Kaunselor
    • Doktor dan kakitangan kesihatan yang lain
    • Pegawai Kebajikan Masyarakat
  • Jangan bahayakan diri anda dengan menyembunyikan kehamilan anda atau menggugurkan anak secara haram.
  • Jumpa doktor atau pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan untuk pemeriksaan dan penjagaan semasa mengandung. Pemeriksaan awal penting untuk mengawasi kesihatan ibu dan bayi.

Bagaimana untuk mengelakkan kehamilan?

  • Anda boleh mengelakkan kehamilan dengan 2 cara :
    • Menghindarkan dari melakukan perhubungan seks
    • Menggunakan cara-cara pencegahan kehamilan
  • Hindarkan dari melakukan perhubungan seks.
    • Anda bertanggungjawab ke atas hidup anda sendiri. Jangan biarkan orang lain memaksa anda untuk melakukan hubungan seks.
    • Ada banyak sebab yang baik untuk anda mengatakan "Tidak, belum lagi." Salah satu sebab ialah untuk melindungi kesihatan dan perasaan anda. Anda sentiasa boleh berkata "tidak" walaupun anda pernah berkata "ya" sebelum ini.
    • Jangan mengambil dadah atau minum alkohol kerana ini boleh mengakibatkan anda hilang pertimbangan
    • Pasangan yang benar-benar menyayangi dan menghormati anda tidak akan meminta seks sebelum kahwin.
    • Ingat : diri anda adalah tanggungjawab anda untuk menjaganya dengan baik.
    • Medical Institute of Sexual Health menyatakan :
      • Satu-satunya cara penyelesaian adalah dengan menundakan perhubungan seks
        • "Hanya dengan menundakan aktiviti seks sehingga selepas berkahwin dengan pasangan yang tidak dijangkiti, remaja dapat mengelakkan dari dijangkiti dengan penyakit kelamin dan kehamilan 100%. Menundakan perhubungan seks sehingga selepas berkahwin adalah nasihat perubatan yang paling baik yang boleh diberikan kepada pemuda/pemudi di zaman ini".
      • Cara yang paling baik untuk mencegah kehamilan adalah "Simpankan Seks untuk Perkahwinan" (Save Sex for Marriage).
      • Cara ini telah dibuktikan secara saintifik dan menurut kehendak agama dan budaya.
  • Jika anda sudah melakukan hubungan seks sebelum kahwin, pastikan anda mengetahui kesan dan akibatnya :
    • Jika anda berumur kurang dari 16 tahun ,perhubungan kelamin adalah salah disisi undang-undang kecuali jika anda telah berkahwin .
    • Undang-undang negara ini menyatakan bagi pasangan lelaki yang mengadakan perhubungan seks dengan perempuan berumur di bawah 16 tahun walaupun dengan izinnya, boleh didakwa sebagai merogol.
  • Kehamilan boleh di elakkan jika anda menggunakan kaedah perancang keluarga :-
    • Menggunakan kondom dapat mengurangkan risiko kehamilan. Walaubagaimana pun kondom tidak mencegah kehamilan 100%
    • Sila dapatkan nasihat dan bantuan dari doktor atau kakitangan kesihatan.
    • Remaja yang sudah berkahwin tetapi tidak bersedia untuk menimang anak dan berkeluarga digalakkan menggunakan alat atau pil perancang keluarga.

Dimana anda boleh mendapatkan bantuan?
Selain mendapatkan penjagaan semasa mengandung dan bantuan dari doktor atau klinik kesihatan, anda perlu berbincang mengenai masalah anda dengan :

  • Ibu bapa
  • Kaunselor sekolah
  • Guru sekolah
  • Pegawai kebajikan di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan

Soalan- soalan yang sering ditanya

  1. Pada umur berapakah seorang perempuan boleh hamil?
    • Seorang perempuan boleh hamil sebaik sahaja dia mula datang haid.
    • Haid adalah tanda seorang perempuan mula subur.
    • Purata umur seseorang perempuan akil baligh (mula datang haid) ialah antara 9 hingga 16 tahun.
  1. Bolehkah anda hamil setelah anda melakukan hubungan seks buat kali pertama?
    • Ya.
    • Adalah penting untuk untuk menghindarkan perhubungan seks sama sekali bagi mencegah kehamilan.

  1. Adakah ia perkara yang normal dan sihat jika tidak melakukan seks sebelum berkahwin?
    • Ya, ia adalah cara yang terbaik untuk kekal sihat secara fizikal dan emosi.
    • Malah agama dan budaya melarang seks sebelum kahwin.

SEMBELIT

Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.

Tanda dan Gejala
Biasanya gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut. Walau bagaimanapun, setiap orang mungkin akan mengalami gelaja-gejala yang berlainan. Gejala-gejala tersebut:

  • Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan kering.
  • Perut kembung, kejang atau sakit.
  • Kurang selera makan.
  • Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan.
  • Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.

Sebab-Sebab

Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan semasa ia membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon kemudiannya akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Setelah najis sampai ke rektum, ia telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap.

Sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering. Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:

  • Kurang serat dalam diet.
  • Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
  • Pengubatan.
  • Susu.
  • Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
  • Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
  • Penyalahgunaan julap.
  • Menahan untuk membuang air besar.
  • Kekurangan air.
  • Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
  • Masalah dengan kolon dan rektum.
  • Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.

Komplikasi

Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau Anal Fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot Sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.

Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menguatkan dan mengetatkan otot spinchcter dubur atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar (terjatuh).

Sembelit juga boleh disebabkan oleh najis yang keras memenuhi ruang usus dan rektum secara amat ketat yang mana penolakan najis keluar secara normal tidak mampu membawa najis keluar. Ini merupakan Fecal Impaction yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Impak ini boleh dilembutkan dengan penggunaan minyak mineral yang diminum atau disuntik menerusi dubur. Selepas melembutkan impaksi, doktor mungkin akan memecahkan dan membuang bahagian najis yang keras dengan memasukkan jari.

Rawatan
Perkara utama dalam merawat sembelit ialah untuk memastikan kita memakan serat dan meminum air dengan cukup. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan meningkatkan ketebalan najis dan menjadikannya lebih lembut.

Berbincang dengan doktor keluarga anda sekiranya:

  • Sembelit masih baru dan jarang berlaku kepada anda.
  • Anda mengalami sembelit selama 3 minggu atau lebih.
  • Anda dalam kesakitan.
  • Anda mendapati najis anda berdarah.
Pencegahan
Dalam banyak kes, tips mudah berikut akan membantu:
  • Makan pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan sayuran.
  • Minum banyak air.
  • Lakukan senaman secara berkala.
  • Jangan menahan untuk membuang air besar.
  • Ketahuilah yang tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut individu.
  • Sekiranya tabiat membuang air besar anda berubah, dapatkan pemeriksaan doktor anda.

Schizophrenia

Pengenalan
Schizophrenia ialah sejenis kecelaruan otak sepertimana penyakit sawan,nyanyuk dan multiple sclerosis.Ia biasanya bermula di kalangan orang baru masuk ke alam dewasa. Di seluruh dunia,ia melibatkan 1% dari keseluruhan penduduk sesuatu negara.

Tanda dan gejala penyakit

  1. Gangguan Pemikiran
    • Delusi:
      • Satu kepercayaan yang kuat tetapi palsu yang tidak dapat digugat oleh pendapat yang waras. Contohnya percaya bahawa orang lain berpakat untuk berbuat jahat kepadanya,percaya bahawa fikiran dan kelakuannya dikawal oleh makhluk luar seperti jin ,hantu atau keramat,percaya bahawa ia mempunyai kuasa yang istimewa dan luar biasa.
      • Sukar untuk menumpukan,membentuk dan mengekalkan arus pemikiran.Pertuturan sukar difahami dan tidak berkaitan dengan soalan
  2. Gangguan persepsi
    • Halusinasi:
      • persepsi yang salah. Contoh: Mendengar suara-suara ghaib bercakap kepadanya atau bercakap sesama sendiri atau membuat ulasan terhadap apa yang dilakukannya sedangkan suara itu tidak didengari oleh orang lain
  3. Gangguan tingkahlaku
    • Perangai yang pelik dan sering berubah-ubah.
    • Kurang berupaya untuk melakukan aktiviti harian dengn baik. Menarik diri dari berinteraksi dengan masyarakat (suka menyendiri)


Komplikasi
Sekiranya tidak dirawat, ia akan berubah ke peringkat schizophrenia yang kronik.Seseorang itu akan hidup menyendiri didalam dunianya sendiri,tidak menghiraukan kebersihan dirinya(tidak mahu mandi, tidak mahu memberus gigi dan tidak mahu menukar pakaian),tidak ada motivasi untuk melakukan sebarang aktiviti, tidak dapat merasakan atau mengeluarkan perasaan(tidak ada riak muka)

Rawatan
Satu penilaian yang lengkap dan teliti oleh pakar psikiatri adalah perlu sebelum rawatan dimulakan.

  • Rawatan ubat-ubatan psikotropik merupakan rawatan utama pada masa sekarang.
    • Ubat-ubat ini membantu mengawal tanda-tanda penyakit schizophrenia
    • Ubat-ubat ini mestilah diambil sepertimana yang diarahkan oleh doktor
    • Ubat-ubat ini hendaklah terus diambil walaupun keadaan penyakit telah pulih.
    • Rawatan ubat-ubatan ini perlu diambil untuk jangkamasa yang lama kerana kemungkinan penyakit schizophrenia untuk berulang kembali adalah tinggi terutamanya pada permulaan 2 tahun selepas mendapat penyakit.
    • Doktor akan menasihati anda tempoh lama mana anda perlu terus mengambil ubat.
    • Janganlah teragak-agak untuk berbincang dengan doktor anda mengenai ubat-ubat yang anda ambil.
  • Kaunseling individu
    • Akan membantu anda memahami akan hal penyakit anda untuk membolehkan anda lebih bersedia untuk menangani penyakit anda. Ia juga membantu anda meningkat keyakinan dan jati diri.
  • Terapi Berkelompok
    • Ini melibatkan satu kumpulan orang-orang yang mempunyai masalah yang sama contohnya pesakit schizophrenia duduk bersama-sama membincangkan pengalaman,masalah dan cara mereka menanganinya. Dengan cara ini mereka dapat belajar sesama sendiri dan saling memberi sokongan dan galakan.
  • Pendidikan Kesihatan
    • Sesi belajar mengenai penyakit, rawatannya,cara mengenalinya dan langkah-langkah pencegahan upaya ianya tidak berulang kembali.
  • Terapi Keluarga
    • Membantu ahli-ahli keluarga menangani stress semasa hidup bersama pesakit schizophrenia.

Pemulihan

Setelah tanda-tanda penyakit dapat dikawal dengan mengambil ubat secara teratur, satu plan rehabilitasi yang lengkap dan komprehensif harus diatur supaya pesakit dapat kembali berfungsi di dalam masyarakat seperti sediakala. Setiap Jabatan psikiatri di setiap hospital-hospital besar seluruh Negara mempunyai unit pemulihan carakerja dengan kakitangan terlatih bagi membantu anda pulih sepenuhnya dari penyakit anda.

Sebahagian daripada pusat-pusat kesihatan sudah dilengkapi dengan unit pemulihan psikososial di dalam komuniti bagi membantu anda pulih dari penyakit dan mengembalikan keyakinan diri untuk berkerja dan berinteraksi dengan mayarakat.

Kumpulan Sokongan:

  • KAMI (kumpulan sokongan keluarga Johor)
  • MMHA (Persatuan Kesihatan Mental Malaysia-Petaling Jaya)
  • Kumpulan-kumpulan Sokongan Kelurga disetiap negeri

juling?

Mata Juling (Strabismus)

Apakah maksud mata juling?
Mata juling terjadi apabila kedua belah mata tidak selari/sejajar dan melihat ke arah yang berlainan.Satu mata bergerak dengan normal tetapi mata di sebelahnya bergerak samada ke dalam, ke luar, ke atas atau ke bawah.Mata juling boleh juga dikaitkan dengan keturunan.

Sebab-sebab mata juling

  • Dalam kebanyakan kes, tiada sebab yang diketahui
  • Ia boleh disebabkan oleh otot-otot mata yang tidak berfungsi dengan baik pada mata yang juling itu atau kelumpuhan otot-otot mata itu sendiri.
  • Rabun jauh juga boleh menyebabkan mata bergerak ke dalam.
  • Mata juling adalah lebih lazim di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah otak seperti Cerebral Palsy, Down Syndrome, hydrocephalus dan barah otak.

contoh :

strabi1 Strabi3

Tanda-tanda dan gejala:

  • Tanda utama ialah kedudukan mata yang tidak selari/sejajar.
  • Ia boleh menjadi masalah yang berpanjangan atau wujud sekali-sekala.
  • Bayi normal yang baru lahir biasanya juling disebabkan penglihatan yang belum matang. Masalah ini hilang setelah bayi semakin membesar.
  • Bagaimanapun mata yang benar-benar juling tidak akan berubah dengan perkembangan tumbesaran.

Apakah kesan dari mata juling?

  • Mata yang juling boleh menyebabkan kanak-kanak tidak dapat melihat dengan sempurna. Jika tidak dirawat dengan segera (sebelum kanak-kanak berumur 6 tahun) , ini boleh membawa kepada masalah mata malas (lazy eye/amblyopia).
  • Penglihatan teropong (binocular) atau penglihatan 3 dimensi diperlukan untuk menganggar kedalaman sesuatu objek. Kebolehan ini boleh terjejas jika mata kanak-kanak itu juling.

Apakah rawatan yang ada?

  • Mata juling memerlukan pemeriksaan awal dengan doktor mata.
  • Cermin mata mungkin diperlukan untuk penyakit rabun mata seperti rabun jauh.
  • Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah mata malas (lazy eye/amblyopia), menampal mata yang sihat boleh membantu memulihkan penglihatan di mata yang juling. Bagaimanapun, rawatan ini tidak akan berjaya jika ia lewat dimulakan. Rawatan perlu dimulakan pada umur yang awal.
  • Pembedahah boleh merawat mata juling dengan baik. Ia bagaimanapun tidak boleh menggantikan penggunaan cermin mata atau rawatan untuk mata malas. Sewaktu pembedahan, otot-otot mata akan disusun semula. Selepas pembedahan, kanak-kanak biasanya boleh meneruskan aktiviti biasa selepas beberapa hari.
  • Suntikan Botox kepada otot-otot mata mungkin boleh membantu dalam sesetengah kes, tetapi hanya untuk sementara waktu.

Malaria


Malaria adalah penyakit disebabkan oleh parasit plasmodium. Penyakit merebak melalui gigitan nyamuk Anopheles yang telah dijangkiti parasit (dipanggil sporozoites) berkenaan. Apabila parasit masuk kedalam tubuh manusia ia akan bergerak melalui salur darah dan terus ke hati. Di dalam hati, parasit menjadi matang dan masuk semula ke dalam sistem darah dan membiak. Dalam masa 48 hingga 72 jam selepas jangkitan, sel darah merah pecah, dan mengeluarkan/melepaskan lebih banyak parasit(merozoites) dan lebih banyak sel darah merah dijangkiti.

Pusingan hidup berbeza mengikut jenis Plasmodium. Untuk P.vivax 48 jam, P.malariae 72 jam dan P.falciparum antara 36 hingga 48 jam. Malaria menyebabkan anaemia akibat kemusnahan sel darah merah. Masalah ini menyebabkan bilangan hemoglobin yang dilepaskan ke dalam sistem peredaran darah berlebihan selepas sel darah pecah. Gejala utama biasanya timbul seawal 8 hari atau selewat-lewatnya setahun kemudian.

Gejala malaria berlaku dalam pusingan antara 48 hingga 72 jam, akibat pelepasan merozoites yang berlebihan ke dalam salur darah. Anaemia terjadi akibat dari kemusnahan bilangan sel darah merah yang terlalu banyak dan paras hemoglobin yang berlebihan disalurkan ke dalam sistem darah selepas ianya pecah. Malaria juga boleh dipindahkan secara semulajadi semasa anak dalam kandungan dan melalui pemindahan darah. Parasit malaria boleh dibawa oleh nyamuk dalam suhu lembab, tetapi parasit ini akan hilang bila musim sejuk. Penyakit ini menjadi masalah yang besar/utama kepada kebanyakan negara tropika.

Setiap tahun Bahagian CDC menganggarkan 300 hingga 500 juta kes malaria dengan kematian melebihi satu juta. Sesetengah negara di dunia, nyamuk pembawa malaria menjadi kebal kepada racun serangga, manakala antibiotik tidak memberi kesan kepada parasit. Oleh itu jangkitan penyakit ini sukar dikawal. Salah satu daripada 4 jenis parasit malaria iaitu Malaria Falciparum mengakibatkan kemusnahan yang besar kepada sel darah merah. berbanding dengan parasit lain. Ia akan membiak dalam tempoh beberapa jam selepas gejala awal dikesan.

Tanda dan Gejala

  • Mengiggil, demam dan berpeluh
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Sakit otot
  • Loya dan muntah
  • Anemia
  • Jaudis (kekuningan)
  • Sawan
  • Koma

Bengkak hati dan limpa dapat dikesan semasa pemeriksaan fizikal. Contoh darah pesakit malaria akan diambil untuk diagnosa dan keputusan boleh diketahui dalam tempoh 6 hingga 12 jam.

Komplikasi

  • Kegagalan fungsi hati dan buah pinggang
  • Kemusnahan sel darah merah (hemolytic anemia)
  • Jangkitan kuman di lapisan otak (Meningitis)
  • Limpa pecah(rupture of spleen) yang mengakibatkan perdarahan yang teruk

Ramalan Pemulihan/Prognosis

Pesakit malaria pulih sepenuhnya selepas mendapat rawatan tetapi, kes jangkitan Falciparum kurang memuaskan , kerana ketahanan ( resistant) parasit terhadap ubat anti-malaria adalah tinggi

Rawatan

Dalam kebanyakan kes, malaria boleh dirawat dan pulih. Ubat antimalaria boleh diperolehi dengan mudah di hospital dan klinik. Ubat yang biasa diguna chloroquine, quinine dan primaquine. Regim ubat bergantung kepada usia dan tempat di mana mendapat jangkitan. ( parasit malaria dari kawasan tertentu kebal kepada ubat malaria yang biasa) dan alahan kepada ubat.

Dapatkan nasihat dan rawatan awal jika baru pulang dari luar negeri dengan gejala penyakit malaria. Dalam kes yang teruk, pesakit yang menghidap malaria mungkin perlu rawatan di unit rawatan rapi, terutama jika ada komplikasi yang melibatkan otak dan buah pinggang.

Pesakit yang mendapat jangkitan, terutamanya malaria Falciparum perlu rawatan kecemasan dan masuk hospital. Chloroquine ialah ubat yang biasa digunakan. untuk kes kebal chloroquine, Quindinen atau quinine atau gabungan pyrimethamine dan sulfadoxine diberi

Pencegahan

Tiada vaksin khas menentang malaria. Ubat antimalaria diberi sebagai rawatan pencegahan kepada mereka yang keluar daerah di mana penyakit ini senang merebak . Rawatan pencegahan juga diberi pada wanita mengandung di kawasan wabak untuk mengelakkan jangkitan kejanin. Ubat ini juga diberi kepada pelawat mengunjungi kawasan yang berisiko 2 minggu sebelum pergi dan 4 minggu selepas meninggalkan kawasan tersebut. Jenis ubat yang diberi bergantung kepada tempat yang akan dilawati.

Langkah pencegahan lebih bertumpu kepada cara memusnahkan nyamuk dengan mencampurkan racun serangga di tempat pembiakanya seperti paya di mana airnya bertakung.Individu yang diberi ubat antimalaria masih boleh dijangkiti malaria. Memakai baju dan seluar panjang, pasangkan net ditingkap dan guna krim pencegah untuk mengelakkan gigitan nyamuk.Ubat chloroquine adalah ubat pilihan untuk mencegah malaria.

Ubat Mefloquine berkesan untuk parasit jenis Falciparum malaria, walau bagaimanapun ubat ini memberi kesan sampingan kepada mental seperti keliru. Pelawat boleh menghubungi CDC ( Communicable Disease Centre) untuk mendapat maklumat berkenaan malaria, ubat pencegah, kawasan wabak dan masa yang sesuai untuk mengembara.

Kanser Servik

Apakah itu kanser servik?

  • Kanser pangkal rahim.
    • Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.
  • Penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.
  • Ia boleh terbahagi kepada :
    • Peringkat awal
      • Berlaku di sekitar servik
    • Peringkat lewat
      • Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant'
      • seperti paru-paru melalui sistem aliran darah
  • Merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.
  • Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
  • Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
  • 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
  • 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.

Apakah penyebab kanser pangkal rahim?

Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini.
Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:

  • Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
  • Mempunyai pasangan seks berbilang
  • Mengandung lebih dari 5
  • Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
  • Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
  • Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
  • Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.

Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor berikut berperanan menyebabkan kanser servik.

Adakah anda mengetahui tanda dan gejala kanser pangkal rahim?

Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu daripada gejala berikut:

  • Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
  • Perdarahan yang banyak
  • Perdarahan yang berpanjangan
  • Perdarahan di antara haid
  • Sakit
  • Kehadiran darah beku
    • Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
    • Sakit semasa hubungan seksual
    • Perdarahan dari vagina selepas putus haid
    • Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
  • Berbau
  • Bercampur darah

Bolehkah kanser pangkal rahim dikesan?

Ya, boleh.
Kanser servik mengambil masa yang lama untuk terjadi - lebih kurang 10 - 15 tahun.

  • Ia memakan masa berbulan atau bertahun untuk seseorang itu diserang kanser.
    • Serangan kanser biasanya berlaku dikalangan wanita yang berumur diantara 40 - 60 tahun.
  • Sebelum sel kanser servik dikesan, tisu-tisu di servik mula berubah dimana sel-sel luarbiasa mula dikesan (dikenali sebagai 'dysplasia')
  • Sel-sel luarbiasa ini boleh dikesan melalui ujian pap smear

Apakah ujian yang mengesahkannya?

Sekiranya keputusan ujian pap smear anda positif, doktor akan meneruskan dengan kaedah colposcopy.
Sekiranya keputusan ini menunjukkan adanya "invasif" kanser, ujian seterusnya akan dijalankan :

  • Full blood count
  • Liver function test
  • Renal profile

Nota : Buat masa ini tiada ujian darah 'Tumor Markers' untuk mengesan kanser servik.

Apakah rawatan yang disediakan?

Doktor akan memberi kaunseling kepada anda mengenai rawatan pilihan yang bersesuaian.
Biasanya, terdapat 3 jenis rawatan :

  • Pembedahan
  • Radioterapi
  • Kemoterapi

Keputusan rawatan bergantung kepada jenis sel kanser yang dikesan.

Bagaimana untuk mencegah kanser pangkal rahim?

  • Mencegah lebih baik dari merawat.
  • Amalkan cara hidup yang sihat.
  • Setia pada pasangan anda.
  • Lakukan pap smear setiap 3 tahun.
  • Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian pap smear, jika masih belum dilakukan lagi.

Apakah itu ujian Pap Smear?

  • merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
  • Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
  • Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
  • Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
  • Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
  • Tidak perlu ubat atau bius.
  • Mengambil masa beberapa minit sahaja.

Soalan Lazim

Adakah ujian itu menyakitkan?

  • Tidak menyakitkan.
  • Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.

Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?
Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.

Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?
Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.

Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?

  • Tanggalkan seluar dalam.
  • Berbaring di atas katil.
  • Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
  • Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
  • Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana lapuran akan dibuat.
  • Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?

  • Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
  • Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?

  • Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
  • Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan. Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.

Bilakah saya mendapat keputusannya?

  • Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
  • Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.

Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?

  • Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
  • Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.

Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?

  • Di semua klinik dan hospital kerajaan
  • Di klinik/hospital swasta
  • Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
  • Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)

Apakah makna keputusan tersebut?

  • Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
  • Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
  • Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
    • Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
    • Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
    • Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
  • Apa yang patut dilakukan seterusnya :
    • Rawatan susulan
    • Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
    • Jalani pemeriksaan kolposkopi

Apakah itu kolposkopi?

  • Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
  • Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
  • Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
  • Kurang menyakitkan.
  • Sesetengah orang merasa tidak selesa.
  • Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
  • Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?

  • Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
  • Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

Rujukan.

  • Ministry of Health, 2002. National Cancer Registry Report
  • Ministry of Health, 2002. Annual Report
  • Ministry of Health, 2003. Clinical Practice Guidelines - Management of Cervical Cancer

Kanser Payudara

Ujian Saringan Kanser Payudara

Apakah yang perlu saya tahu mengenai kanser payudara?

  • Ia adalah kanser yang kerap dikesan dikalangan wanita.
  • Ia adalah faktor utama kematian akibat kanser dikalangan wanita.
  • Ia adalah penyebab utama kematian awal.
  • 9% dari keseluruhan kanser di dunia.
  • 6 - 8% keseluruhan kematian kanser.

Adakah kanser payudara kerap berlaku di Malaysia?

Ya.

Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payudara berbanding 18 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser pangkal rahim (penyebab kedua kanser yang sering berlaku dikalangan wanita).
Dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 - 3,000 kes baru didiagnosakan sebagai kanser payudara.

Adakah terdapat sebarang tanda amaran?

Ya. Jika anda mengalami keadaan-keadaan seperti berikut, sila berjumpa doktor atau pergi ke klinik kesihatan yang berhampiran.

  • Ketulan yang tidak sakit
    • Di payudara atau ketiak
  • Ruam yang berterusan
    • Sekeliling puting
  • Perdarahan atau lelehan luarbiasa dari puting.
  • Perubahan pada kulit
    • Bengkak dan menebal
    • Berlubang
    • Permukaan kulit yang berkedut
  • Puting tertarik ke dalam

Bagaimanakah saya perlu melihat perubahan tersebut?
Kebanyakan ketulan payudara dikesan oleh wanita itu sendiri.

  • Periksa payudara anda dengan kerap melalui Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP).
  • Melalui pemeriksaan berkala anda dapat mengesan walaupun satu ketul yang kecil.

Apakah pemeriksaan sendiri payudara (PSP)?
PSP ialah pemeriksaan sendiri payudara mengikut langkah tertentu.
Ia merangkumi 5 langkah


http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast1.jpg

Langkah 1 - Berdiri di hadapan cermin dan lihat sebarang perubahan pada payudara.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast2.jpg

Langkah 2 - Rasa sebarang perubahan secara berbaring.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast3.jpg

Langkah 3 - Periksa puting untuk sebarang perdarahan atau lelehan.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast4.jpg

Langkah 4 - Rasa sebarang ketulan di bawah ketiak.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast5.jpg

Langkah 5 - Ulangi setiap langkah di atas untuk payudara sebelah lagi.

Berapa kerap seharusnya saya melakukan PSP?

  • PSP seharusnya dibuat sebulan sekali (untuk mereka yang masih mempunyai haid). Waktu yang sesuai ialah 7 - 10 hari selepas haid.
  • Untuk wanita yang telah putus haid, ambil satu tarikh yang mudah diingati dan lakukan setiap bulan sama ada hari pertama atau terakhir bulan tersebut.

Apakah seharusnya saya buat jika saya dapati keadaan luar biasa?

Sekiranya anda dapat mengesan sebarang tanda seperti yang dinyatakan sebelum ini, sila rujuk doktor anda.
Jangan takut, tidak semua ketumbuhan di payudara adalah kanser.
Contohnya : 'Fibroadenoma'.

Fibroadenoma :

Ia biasanya berlaku dikalangan wanita yang muda, tidak menyakitkan dan 'mobile'.

Apakah ujian-ujian yang disediakan untuk mengesahkan kanser payudara?

Berikut adalah ujian yang dijalankan jika disyaki kanser :

  • Ujian darah
  • Fine Needle Aspiration Biopsy (FNAB)
  • Core needle biopsy
  • Ultrasound
  • Mammography


Apakah itu 'FNAB'?

Adalah ujian yang dijalankan dengan pengambilan sampel ketulan yang disyaki dengan menggunakan picagari dan jarum yang halus dengan menggunakan teknik steril.

Sampel yang diambil akan dihantar ke makmal untuk dikaji oleh pakar.
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/fnab1.jpg

Apakah itu 'Mammogram'?

'Mammogram' adalah salah satu ujian yang dijalankan untuk mengesan perubahan pada tisu payudara dengan menggunakan mesin x-ray yang direka khas.
Ia dilakukan dengan menekan payudara diantara dua kepingan logam. Ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan/kesakitan untuk beberapa ketika. Ia boleh mengukur saiz dan penyebaran kanser di payudara dan mengesan kanser pada payudara sebelah lagi.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/mammogram1.jpg

Apakah itu 'Core Needle Biopsy'?

Ia adalah satu ujian dimana sampel tisu payudara diambil menggunakan jarum yang lebih besar saiznya. Sampel itu akan dihantar ke makmal untuk kajian.

Perlukah saya berjumpa doktor jika saya tidak mengesan sebarang keadaan luarbiasa?

Ya, kami menggalakkan wanita yang berumur 30 tahun keatas untuk membuat ujian pemeriksaan payudara di klinik (Clinikal Breast Examination-CBE) yang dibuat oleh anggota kesihatan setiap tahun.

Apakah itu 'Clinical Breast Examination (CBE)'?

Ini adalah pemeriksaan yang dibuat oleh doktor atau anggota kesihatan yang terlatih untuk memeriksa payudara anda.

Apakah rawatan kanser payudara yang disediakan?

Rawatan yang diberi bergantung kepada jenis dan keterukan kanser.
Sekiranya anda di diagnosakan mengidap kanser payudara, anda perlu mendapatkan khidmat kaunseling terlebih dahulu sebelum rawatan dimulakan.
Kajian menunjukkan bahawa jika kaunseling, sokongan dan maklumat mengenai penyakit dan rawatan yang dijalankan diberi, ia akan membantu pemulihan dari segi fizikal dan emosi.
Berikut adalah pilihan rawatan:

  • Pembedahan
    • pembedahan tanpa membuang payudara (Breast Conservation Surgery)
    • pembuangan payudara (Mastectomy)
    • pembentukan semula payudara (Breast Reconstruction)
  • Radiotherapy
  • Chemotherapy
  • Hormone therapy


Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengurangkan risiko kanser payudara?

  • Mulakan PSP hari ini.
  • Buat PSP secara berkala
  • Makan makanan kurang berlemak khususnya lemak haiwan
  • Lebihkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan serat.
  • Lakukan senaman yang mencukupi
  • Kekalkan berat badan yang unggul.
  • Sekiranya keluarga terdekat anda ada kanser payudara, lakukan ujian 'mammogram' awal.


Siapakah yang berkemungkinan mendapat kanser payudara?

Kanser payudara biasa berlaku dikalangan wanita. Walau bagaimanapun lebih kurang 5% berlaku dikalangan lelaki. Berikut adalah wanita yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara :

  • Selepas berumur 25 tahun dan selalunya berlaku semasa berumur diantara 45 – 55 tahun.;
  • Pernah mengidap kanser di sebelah payudara;
  • Keluarga terdekat sama ada ibu atau adik-beradik perempuan yang mengidap kanser payudara;
  • Tidak pernah mengandung atau mendapat anak pertama selepas berumur 30 tahun;
  • Mula haid awal atau putus haid lewat;
  • Ada penyakit tertentu berkaitan payudara. (seperti 'proliferative breast disease');
  • Faktor keturunan (seperti pembawa 'BRCA1, BRCA2, BRCA3');
  • Gemuk (IJB anda ≥ 27.5)
  • Mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak/kolesterol.


Dimanakah saya boleh mendapatkan sokongan atau bantuan?
Jangan risau. Anda tidak bersendirian. Terdapat ramai individu atau kumpulan sokongan yang sedia membantu anda. Anda boleh berhubung dengan pertubuhan berikut :

  • MAKNA
  • AWAM
  • WAO
  • Hospis

Soalan Lazim

Apakah yang perlu saya lakukan jika keluarga ada sejarah kanser payudara?
Jangan risau. Sekiranya anda sudah melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP), teruskan seperti biasa. Amalkan cara hidup sihat, makan secara sihat dan teruskan bersenam.
Sekiranya ibu atau adik-beradik perempuan menghidap kanser payudara, anda boleh meminta untuk menjalani ujian 'mammogram'. Walau bagaimanapun, keputusan laporan adalah lebih tepat jika anda berumur 40 tahun ke atas.

Bolehkah saya mendapatkan terapi tambahan atau tambahan rawatan lain untuk kanser payudara?

  • Ubat tambahan atau pilihan rawatan lain digunakan dengan meluas di seluruh dunia oleh pesakit kanser payudara.
  • Kajian menunjukkan bahawa 1/3 pesakit kanser payudara menggunakan terapi berikut.
  • Terapi ubat tambahan berguna dalam mengurangkan gejala dan meningkatkan kualiti hidup
  • Walau bagaimanapun pilihan rawatan lain boleh mengganggu sistem tubuh badan atau secara tidak langsung menyebabkan masalah yang lebih serius.

Di sini adalah contoh yang biasa digunakan dalam amalan terapi tambahan.

  • Urutan
  • Cara relaxasi

Apakah itu ujian baka kanser payudara?

Ujian baka adalah ujian darah untuk menentukan sekiranya anda mempunyai baka kanser payudara .
Sebelum anda menjalani ujian tersebut, anda perlu :

  • Hadir sesi kaunseling 'genetik' yang intensif.;
  • Menandatangani borang persetujuan untuk setiap ujian 'genetik';
  • Melakarkan carta salasilah keluarga

Kebanyakan kes kanser payudara tidak berkaitan dengan baka kanser payudara. Para saintis masih belum dapat mengenalpasti kesemua baka yang menyebabkan penyakit ini. Oleh itu doktor hanya akan membuat ujian baka yang berkaitan sahaja kepada anda.
Terdapat 2 baka yang berkaitan dengan kejadian kanser payudara.

  • BRCA1
  • BRCA2

Untuk kebanyakan orang, adalah mustahak untuk mengetahui keputusan ujian mereka kerana maklumat ini membantu mereka menentukan kesihatan masa depan mereka sekeluarga.
Di Malaysia, ujian ini terdapat di beberapa Institusi dan Universiti sahaja.

Rujukan

  • Ministry of Health, 2002. National Cancer Registry Report
  • Ministry of Health, 2002. Annual Report
  • Ministry of health, 2002. Clinical Practice Guidelines - Management of breast cancer

kanser mulut

Kanser Mulut

Latar belakang
Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut. Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.

Lokasi yang sering terjadi kanser mulut
Kanser mulut sering terjadi di lokasi berikut :

  • Lidah
  • Lantai mulut
  • Lapisan dalam pipi
  • Gusi
  • Lelangit
  • Bibir bawah

Faktor-faktor risiko

Berikut adalah faktor- faktor risiko yang menyebabkan kejadian kanser mulut :

  • Merokok
  • Mengunyah tembakau
  • Mengunyah pinang dengan / tanpa tembakau
  • Minum alkohol yang berlebihan
  • Terdedah pada sinaran matahari secara berlebihan

Apakah tanda-tanda kanser mulut ?

Terdapat tanda-tanda kelainan seperti berikut di dalam mulut:

  • Ulser yang lambat atau tidak sembuh
  • Tompok putih (leukoplakia)
  • Tompok merah (erythroplakia)
  • Nafas berbau (halitosis)

Anda juga mungkin mengalami :

  • Kesakitan
  • Kesukaran mengunyah atau menelan atau menggerakkan lidah.
  • Rasa kebas pada lidah atau mana-mana bahagian dalam mulut.
  • Kesukaran membuka mulut.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/OralCancer1.jpg
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/OralCancer2.gif


Komplikasi
Sel-sel kanser boleh merebak (metastasis) ke bahagian lain badan.

Apa yang perlu anda lakukan ?
Risiko mendapat kanser mulut boleh dikurangkan jika anda:

  • Tidak merokok
  • Tidak minum minuman alkohol
  • Tidak mengunyah tembakau / pinang
  • Kurangkan pendedahan terhadap cahaya matahari
  • Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala di klinik pergigian
  • Lakukan pemeriksaan mulut sendiri

Kanser mulut dan tabiat merokok
Berhenti merokok melebih dari 3 tahun boleh mengurangkan risiko kanser mulut sebanyak 50%.

Pemeriksaan mulut sendiri

  • Pastikan cahaya terang. Berdiri di hadapan cermin dan tarik pipi menggunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk melihat bahagian dalam mulut.
  • Perhatikan tompok-tompok putih atau merah terutama sekali pada luka atau ulser yang tidak sembuh.
  • Menggunakan ibu jari dan jari untuk periksa jika ada benjolan atau kelainan pada tisu. Sekiranya ada tanda-tanda tersebut, dapatkan nasihat doktor pergigian.

Cara - cara pemeriksaan mulut sendiri :

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/OralCancer3.jpg

Tarik bibir bawah dan perhatikan kelainan warna atau luka-luka yang ada.
Kemudian gunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk mengesan benjolan atau kelainan pada bibir.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/OralCancer4.jpg

Ulang prosedur ini untuk bibir atas dan sulkus / lurah.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/OralCancer5.jpg

Tarik pipi menggunakan jari untuk mengesan sebarang benjolan atau tempat yang sakit. Ulang untuk pipi sebelahnya.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/OralCancer6.jpg

Periksa juga gusi atas dan sulkus / lurah kedua-dua pipi. Repeat on the other cheek.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/OralCancer7.jpg

Keluarkan lidah dan lihat permukaan atasnya sama ada terdapat kelainan warna atau tekstur.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/OralCancer8.jpg

Dengan perlahan pusingkan lidah ke kiri dan ke kanan dan lihat kelainan warna dan tekstur.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/OralCancer9.jpg

Periksa bawah lidah dan lantai mulut dengan mengangkat hujung lidah ke lelangit ( palate ).

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/OralCancer10.jpg

Periksa lelangit mulut dengan mendongak kepala ke belakang dan buka mulut dengan luas.

Japanese Encephalitis (JE)

Pengenalan

Japanese Encephalitis (JE) ialah penyakit bawaan nyamuk. Penyakit ini disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk yang membawa virus tersebut. Virus JE bawaan nyamuk ini boleh menyerang sistem saraf dan mengakibatkan komplikasi teruk serta kematian.Penyakit JE disebabkan oleh virus Japanese encephalitis dalam kumpulan Arbovirus yang dibawa serangga biasanya serangga penghisap darah dalam kes ini ialah nyamuk

Kitar hidup virus JE melibatkan babi yang diternak serta nyamuk Culex yang membiak di kawasan sawah padi dan tempat ternakan babi. Virus JE menggandakan bilangan dalam tubuh babi (perumah sekunder) dan disebarkan melalui gigitan nyamuk. Virus yang disebarkan oleh nyamuk menyebabkan jangkitan kepada manusia, haiwan ternakan, burung, kelawar, ular dan katak. Selepas jangkitan, virus akan menyerang sistem saraf pusat iaitu otak dan saraf tunjang. Virus JE tidak berjangkit sesama manusia atau apabila manusia memakan daging babi yang membawa virus tersebut

Tanda dan Gejala

  • Hampir semua pengidap akan mendapat gejala ringan atau tiada gejala sama sekali. Biasanya gejala akan timbul selepas 6-8 hari digigit nyamuk pembawa virus JE.
  • Pada kes-kes yang teruk, Japanese encephalitis bermula dengan demam selsema, sejuk badan, letih, sakit kepala, loya dan muntah-muntah.
  • Keliru dan rasa celaru (agitation) boleh berlaku di peringkat awal penyakit.

Komplikasi
Komplikasi yang berlaku di antaranya:

  • Radang otak- akibatkan kematian pada 30% kes.
  • Kes yang selamat- 30% akan mendapat kerosakan otak teruk termasuklah lumpuh.

Rawatan

Diagnosa dibuat elalui ujian darah dan cecair saraf diambil melalui tulang belakang. Tiada rawatan khas untuk Japanese encephalitis. Antibiotik tidak berkesan melawan virus dan tiada ubatan anti-viral ditemui. Tumpuan hanya kepada rawatan kurangkan gejala dan rawatan komplikasi sahaja.

Pencegahan

Cegah gigitan nyamuk melalui:

  • Guna kelambu
  • Guna racun semburan serangga aerosol, lingkaran ubat nyamuk dan krim sapu elak nyamuk (repellent).
  • Pasang jaringan penahan nyamuk
  • Pakai baju lengan panjang dan seluar panjang apabila keluar ke kawasan ternakan babi

Musnahkan kawasan pembiakan nyamuk Culex

  • Bina sistem perparitan yang sempurna
  • Tutup kawasan air bertakung
  • Pastikan kawasan ternakan babi bersih
  • Sembur racun serangga di kawasan ternakan

Suntikan pelalian perlu kepada golongan berikut:

  • Penternak babi
  • Orang yang tinggal berhampiran dengan ladang ternakan babi dalam 2 km radius (terutamanya kanak-kanak).

    Jadual Pelalian

Dos 1




Dos ke 2


Hari 7 hingga 14 selepas dos pertama


Dos ke 3


6 bulan hingga 1 tahun selepas dos ke 2


Tambahan


3 tahun selepas dos ke 3

Inkontinen Urin

Kegagalan kawalan pundi kencing ialah satu keadaan di mana kehilangan kawalan membuang air kecil (inkontinen urin). Ia kerap berlaku di kalangan wanita. Sebanyak 30% wanita di Malaysia mengalami masalah ini.

Jenis-jenis dan sebab-sebab inkontinen urin :

  1. Inkontinen terdesak (Urge incontinence)

Biasanya disebabkan oleh otot pundi kencing yang tidak stabil. Ini menyebabkan pundi kencing mengecut di luar kawalan dan mengakibatkan tekanan di dalam pundi kencing berlebihan dan kencing terkeluar.

  1. Inkontinen stres (semasa batuk dan meneran)

Biasanya berlaku disebabkan oleh otot lantai pelvis (pinggul) yang lemah selepas kelahiran atau putus haid (pengurangan paras hormon). Ia juga boleh berlaku di kalangan lelaki selepas pembedahan kelenjar prostat

  1. Retensi dan kencing melimpah (Retention and Overflow)

Kesukaran untuk mengosongkan pundi kencing secukupnya. Ia mungkin disebabkan oleh halangan aliran keluar air kencing, diabetes atau kecederaan ke atas saraf pundi kencing

  1. Halangan aliran keluar air kencing (Outflow obstruction)

Selalunya berlaku disebabkan oleh pembesaran kelenjar prostat atau kesempitan saluran kencing (urethra)

  1. Inkontinen Fungsi (Functional Incontinens)

Kesukaran untuk sampai dan menggunakan tandas akibat daripada masalah pergerakan fizikal, kekeliruan, masalah komunikasi dan kemurungan

  1. Masalah saraf (kerosakan saraf atau otak) seperti:
    • Angin ahmar
    • Ketumbuhan
    • Iritasi pundi kencing seperti batu atau ketumbuhan
  1. Kombinasi inkontinen urge dan stres

Tanda & Simptom

Inkontinen terdesak (Urge incontinence)

  • Pesakit terdesak untuk membuang air kecil sebaik sahaja sensasi untuk kencing timbul (urgency)
  • Kerap membuang air kencing (frekuensi)

Inkontinen stres

  • Boleh berlaku semasa aktiviti fizikal seperti batuk, ketawa, bersin dan mengangkat berat

Retensi dan kencing melimpah

  • Pesakit mengalami kencing yang menitis berterusan

Halangan aliran keluar air kencing

  • Kesukaran untuk mengeluarkan air kencing

Masalah saraf (kerosakan saraf atau otak)

  • Boleh mengakibatkan kedesakan, kekerapan, retensi pundi kencing dan air kencing melimpah

Komplikasi
Fizikal

  • Jangkitan pada kulit dan saluran kencing
  • Ruam

Psikologi

  • Kemurungan dan keresahan
  • Tekanan pada penjaga

Sosial

  • Pengasingan sosial
  • Masalah kewangan

Rawatan

Langkah-langkah am

  • Rawatan untuk jangkitan saluran kencing, sembelit, diabetes, pembesaran kelenjar prostat
  • Elakkan pengambilan minuman kafein
  • Pengambilan cecair yang berpatutan. Pengambilan cecair yang kurang akan mengakibatkan dehidrasi dan sembelit. Pengambilan cecair yang berlebihan pula menyebabkan inkontinen bertambah teruk
  • Elakkan sembelit
  • Menyediakan kemudahan tandas yang mesra warga emas dan alat bantuan kontinen seperti bekas kencing (bed pans), bekas buang air besar dan lampin pakai buang
  • Memastikan kebersihan diri seperti mandi dan menjaga kebersihan pakaian

Inkontinen terdesak (Urge incontinence)
Rawatan Bukan Ubat-ubatan

  • Modifikasi tingkah laku
    • Latihan ke atas pundi kencing membantu menahan desakan membuang air kencing.
    • Kaedah yang digunakan akan memanjangkan masa antara kencing
    • Ini akan menambahkan keupayaan takungan pundi kencing dan mengurangkan kejadian kencing terkeluar

Rawatan Ubat-ubatan

  • Ubat-ubatan boleh diperolehi daripada doktor

Inkontinen Stres

Rawatan Bukan Ubat-ubatan

  • Senaman untuk menegangkan dan menguatkan otot lantai pelvis (pinggul)

Rawatan Ubat-ubatan

  • Terapi gantian hormon mungkin berguna untuk wanita yang putus haid

Pembedahan

  • Boleh dilakukan untuk segelintir pesakit

Retensi dan kencing melimpah

  • Pesakit mungkin memerlukan pengeluaran air kencing melalui tiub.
  • Ia membantu mencegah retensi kencing yang berterusan dan/atau kudis tekanan yang sukar sembuh.
  • Tetapi ia meninggikan risiko jangkitan saluran kencing.

Pencegahan

  • Kekalkan berat badan yang unggul
  • Melakukan senaman untuk menegangkan dan menguatkan otot lantai pelvis (pinggul) semasa mengandung dan selepas bersalin
  • Elakkan pengambilan minuman kafein dan alkohol
  • Lebihkan pengambilan serat dalam makanan untuk mencegah sembelit

Rehabilitasi
Penilaian dan nasihat oleh doktor, jururawat, jurupulih anggota dan jurupulih cara kerja boleh membantu.